SK Lipat Kajang telah ditubuhkan pada tahun 1946 dikenali dengan nama Sekolah Melayu Lipat Kajang. Guru Besar pertamanya ialah Encik Abdul Malek bin Mohd Ali yang mengajar di sekolah ini selama 2 tahun (1946-1947) dengan jumah murid yang sangat kecil.
Pada permulaannya bangunan sekolah dibina daripada kayu-kayu dan bahan-bahan hutan saja. Lokasinya terletak berhampiran dengan sungai iaitu Sungai Pahang, yang merupakan jalan penghubung utama pada ketika itu.

Pada tahun 1954,sekolah ini mendapat bangunan baru yang diperbuat daripada kayu yang mengandungi tiga buah bilik darjah dan sebuah pejabat. Selain daripada itu, dua buah rumah juga turut dibina. Sekolah ini telah diberi bangunan tambahan pada tahun 1972 yang dibuat daripada konkrit. Bangunan ini terdiri daripada 3 buah bilik darjah, sebuah pejabat dan bilik Guru Besar serta kemudahan tandas untuk guru-guru serta murid-murid.
Pada tahun 1980, sekali lagi bangunan baru telah didirikan di sekolah ini. Ia terdiri daripada dua buah bilik darjah sebagai tambahan untuk menampung pertambahan murid.
Terkini pada tahun 2010 sekolah telah menerima sebuah bangunan baru setinggi 4 tingkat yang tentunya akan dapat memberi lebih keselesaan kepada murid-murid dan juga guru-guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran supaya dapat lebih fokus dalam usaha untuk mencapai kejayaan murid dan juga sekolah sekaligus, selaras dengan visi dan misi sekolah.

(bangunan baru sekolah setinggi 4 tingkat)
(bangunan baru sekolah setinggi 4 tingkat merupakan bukti nyata
pembangunan infrastruktur SK Lipat Kajang selaras dengan keperluan masakini)
Tahniah dan syabas atas usaha murni ni untuk mengadakan blog Alumni SKLK ... semoga ramai ahli akan membuat response positif atas usaha ni.... Lipat Kajang BOLEH...!
ReplyDelete