Pada tanggal 2 Syawal 1432H Hari Raya Eidulfitri ke2 bersamaan 1/9/2011 hari Khamis telah diadakan satu Jamuan Makan yang sangat sederhana bertempat diperkarangan Balai Penerangan berhadapan dengan tanah wakaf perkuburan Mukim Lipat Kajang. Jamuan dimulakan sebaik saja selesai tahlil perdana Mukim LK di tanah perkuburan, dan didahului oleh ucapan alu-aluan ringkas oleh Tok4 Kg Masjid LK Tuan Hj Cikgu Ibrahim (mewakili TokPenghulu LK yang tidak dapat hadir) dan diikuti dengan penerangan ringkas oleh YDP Alumni SKLK mengenai tujuan dan matlamat diadakan jamuan tersebut.
Sambutan dari kalangan warga Mukim dan anak- anak LK yang pulang dari perantauan agak menggalakkan mengambilkira jamuan tersebut buat pertama kalinya dianjurkan oleh pihak Alumni SKLK dengan kerjasama dari pejabat TokPenghulu LK serta kepimpinan Komuniti Bestari, terima kasih khusus diucapkan kepada TokPenghulu, Tok4 dan juga sdr Mustafa Chik serta lain-lain AJK Alumni SKLK yang terlibat bersusah payah membuat segala persediaan/persiapan perlu bagi menjayakan majlis jamuan tersebut. Makanan/juadah pula telah disediakan secara pot-luck, masing-masing bawa dari rumah.
Kempen pendaftaran ahli-ahli Alumni SKLK juga digerakkan bersempena majlis jamuan tersebut dengan mengedarkan Borang Pendaftaran Ahli yang telah secara spontan diisi/dilengkapkan oleh ramai bekas murid-murid SK Lipat Kajang, menggambarkan sokongan padu kepada Alumni SKLK. Tidak ketinggalan juga warga-warga emas samada bekas murid SKLK atau pun bukan sama-sama mengisi borang dan menyertakan yuran keahlianRM20.00..........mudoh amat nok ngisi borang tu, taada paksaan pon cuma ngajok je dan kalau tak reti ngisi, ramai hak yang boleh tolong...
No comments:
Post a Comment