Saturday, 8 October 2011

Alumni SKLK Menyambut Ramadhan Bersama Calun2 UPSR


                            (Ustaz sedang menyampaikan tazkirah, gambar t/k sdr mustafa ajk)

                                 (Ustaz Saipuddin ajk sedang menyampaikan ucapan alu-aluan)

                                       (Ustaz Mohd Nazir disebelah Cikgu Shah GB SKLK)


Alumni SKLK (dengan kerjasama JK Masjid LK) telah menganjurkan majlis Menyambut Ramadhan bersama warga LK dan calun2 peperiksaan UPSR (dari SKLK) di masjid Kg LK pada 23/7/2011 hari Sabtu malam Ahad, bersama-sama juga dengan PIBG, GB SKLK dan pimpinan kampong. Hadir sama pada majlis tersebut ialah TokPenghulu LK Tuan Hj Zainal Azman. Solat hajat telah diadakan memohon kejayaan buat semua calun UPSR diikuti dgn ceramah menyambut Ramadhan yang diberikan oleh Ustaz Mohd Nazir Bin Yamin yang bertauliah, yg mengajar disebuah sekolah dalam daerah Temerloh.






                                                (YDP Alumni bersama TokPenghulu)









Program ini telah diusahakan secara berkerjasama oleh Alumni SKLK melalui Biro Agama & Ukhuwah diketuai oleh Usaz Saipuddin yang juga Imam masjid LK, dan beberapa orang AJK lain juga terlibat.
Seramai kira-kira 100 warga dan anak-anak telah hadir, jika tidak kerana keadaan cuaca yang tidak begitu baik dan hujan lebat ribut petir pada sebelah petang mungkin lebih ramai yang dapat hadir. 
Seramai 12 orang murid SKLK akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini dan diharapkan kesemua mereka akan mendapat kejayaan cemerlang (5A) insya'Allah, sama-sama kita doakan...dengan izinNya jua.
Sebagai program pertama Alumni SKLK semenjak ditubuhkan pada 26/2/2011 lalu, majlis tersebut bolehlah dikatan berjaya mencapai tujuan dan matlamat, terima kasih diucapkan kepada semua pihak dan individu yang telah berusaha menjayakan termasuk juga katerer (caterer) iaitu Puan Zakiah Salleh.
Kita berharap akan lebih banyak lagi program dapat diadakan/dijalankan oleh Alumni SKLK bagi faedah/manfaat murid/warga SKLK dan masyarakat setempat, insya'Allah

(hbs)

No comments:

Post a Comment