Saturday, 8 October 2011

Perjumpaan pertama JK Pengurusan Alumni SKLK

[duduk dari kiri - Cikgu Shah GB, Dr Ghalib, Nomli Osman, Hamzah SulSabai, Saad Ismail dan Teh Maznun]
[berdiri dibelakang dari kiri - Eliyati Ibrahim, Salman Mu'minin, Anuar Arifin (Sitam) dan Rafli Hasan (Tam)]


JK Pengurusan Alumni SKLK telah memulakan tugas dengan mengadakan perjumpaan kali pertama pada hari Sabtu 19/03/2011 akan tetapi mesyuarat tidak dapat diadakan atas sebab-sebab tertentu. Namun perjumpaan tersebut masih dikiran sebagai Mesyuarat pertama JK Pengurusan. Semua AJK yang dapat hadir dapat berbual-bual sesama sendiri sambil memperkenalkan diri masing-masing dan beramah mesra.

Signifikannya perjumpaan pertama tersebut ialah bahawa semua yang hadir belum benar-benar mengenali antara satu sama lain selain dari "berjumpa sekali lalu" dan kenal-kenal dari jauh, maka pada kesempatan tersebut sebagai ahli-ahli dalam satu JK kesemua yang hadir sangat teruja dan bersemangat untuk saling kenal memperkenal, saling berkenalan untuk mewujudkan hubungan kerja (disamping hubungan kekeluargaaan yang sedia ada) yang erat dan mesra kerana semuanya menyedari bahawa masing-masing perlu saling mengenali dan memahami antara satu sama lain kerana itulah asas bagi membolehkan kerjasama yang ikhlas dan mantap dalam melaksanakan amanah yang telah diberi oleh mukim dan penduduk dan terutamanya sekolah dimana semuanya bermula buat setiap diri dalam proses mendapatkan ilmu pengetahuan dan bimbingan untuk menunjang hidup.

(hbs)

No comments:

Post a Comment