Sekolah Kebangsaan Lipat Kajang (atau SK Lipat Kajang) (sebelumnya dikenali sebagai Sekolah Melayu Lipat Kajang) adalah sebuah sekolah tradisional Melayu yang telah dibangunkan oleh penduduk-penduduk Mukim Lipat Kajang. Dengan usaha dan kerjasama penduduk maka telah didirikan sebuah bangunan sekolah dari rekabentuk bangunan kayu dan berlantaikan tanah dengan peralatan kerusi meja diperbuat daripada kayu yang daif pada masa awal didirikan.
Bermula pada tahun 1946 selepas penjajahan Jepun terdirilah sebuah bangunan kayu untuk dijadikan bangunan sekolah di tapak sedia ada yang diterajui oleh seorang Guru Besar dengan beberapa orang guru biasa dan sebilangan murid-muridnya yang tidaklah begitu ramai jumlahnya.
Semenjak itu SK LIpat Kajang telah mengukir beberapa nama bekas murid dari sekolah ini yang telah berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi dan hingga keluar negara. Oleh itu terdapat beberapa orang murid yang bersekolah di sini telah mencapai tahap pelajaran cemerlang dan berjawatan tinggi.
Oleh sebab bekas murid dari sekolah ini belum pernah dipertemukan dalam mana-mana majlis anjuran sekolah ini, maka pihak sekolah, PIBG dan JKKK Mukim Lipat Kajang telah menganjurkan satu pertemuan bekas-bekas murid dari sekolah ini untuk bertemu kembali sesama mereka dan juga bertemu dengan bekas-bekas guru mereka serta bekas kakitangan SKL dengan tujuan untuk menyambung kembali dan mengeratkan semula hubungan silaturrahim dan jalinan kemesraan yang berkekalan dengan sekolah ini dari dahulu, kini dan selamanya.
Di samping itu, amat dihargai juga jasa-jasa bekas guru-guru besar dan guru-guru yang pernah mengajar di sekolah ini untuk bertemu mesra dengan semua murid dan penduduk setempat di sini, selain dari bekas murid-murid mereka sendiri. Semoga perjumpaan dan pertemuan ini dapat merealisasikan harapan sekolah dan PIBG untuk mencapai impian untuk mewar-warkan SK Lipat Kajang supaya terus maju dan cemerlang dalam bidang pendidikan serta warga sekolahnya yang gemilang dalam apa jua bidang kerjaya mereka nanti. Ini adalah selari dengan Visi Sekolah yang baru, iaitu “MEREALISASIKAN SK LIPAT KAJANG BERPRESTASI CEMERLANG MENJELANG 2015”
Maka pada 26hb Februari 2011 mulai jam 10.00 pagi telah diadakan satu Majlis Alumni SK Lipat Kajang Temerloh Pahang bertempat diperkarangan SK Lipat Kajang yang telah dihadiri oleh tidak kurang dari 400 orang terdiri dari bekas murid, bekas guru besar, bekas guru, bekas pekerja SKLK serta warga dan kepimpinan Mukim Lipat Kajang dengan dihadiri dan diresmikan oleh TokPenghulu Mukim Lipat Kajang, Tuan Hj Zainal Azman Bin Hj Bidin. Dalam kesempatan tersebut satu mesyuarat telah juga diadakan bagi menubuhkan Persatuan Alumni SK Lipat Kajang dan memilih satu JK Penaja merangkap JK Pengurusan yang pertama bagi menguruskan Persatuan Alumni tersebut. Satu jamuan makan tengah hari kemudian telah diadakan dalam keadaan suasana meriah ceria gembiar dan teruja apabila kesemua yang hadir makan bersama-sama sambil bercakap beramah mesra membawa berbagai kisah silam semasa mereka berada di SK Lipat Kajang. Bagi tujuan jamuan tersebut, dua ekor kerbau telah disembelih sebagai aqiqah dan dagingnya dimasak dengan berbagai cara/resepi masakan tempatan Lipat Kajang yang cukup menyelerakan.
Maka pada tarikh tersebut 26/02/2011 lahirlah Persatuan Alumni Sekolah Kebangsaan Lipat Kajang Temerloh Pahang atau singkatannya Alumni SK Lipat Kajang dengan sambutan yang sangat menggalakkan dari kalangan bekas murid bekas guru bekas pekerja SKLK serta warga mukim.
(sebahagian dari isi kandungan dipetik dari blog SK Lipat Kajang)
(hbs)
(sebahagian dari isi kandungan dipetik dari blog SK Lipat Kajang)
(hbs)
bagi sesiapa yang ingin mengetahui, Mukim/Kg Lipat Kajang Temerloh Pahang, Malaysia terletak pada GarisLintang Latitude 3.5833° N dan GarisBujur Longitude 102.4167° E di peta dunia.
ReplyDeletePersatuan Alumni SK Lipat Kajang telah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia, dan pengurusan serta segala aktiviti Persatuan adalah mengikut kehendak-kehendak Undang-Undang Tubuh Persatuan.
ReplyDelete