Tuesday, 22 November 2011

Sejarah SK Lipat Kajang Temerloh





SK Lipat Kajang adalah sebuah sekolah yang terletak di Mukim Lipat Kajang dalam Daerah Temerloh dan jaraknya lebih kurang 25km dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Temerloh. Sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan termasuk Dewan Sekolah, Bilik APD, Makmal, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Komputer dan Kantin. Pada masa ini, sekolah ini mempunyai seramai 12 orang guru yang berkhidmat di sini.

SK Lipat Kajang telah ditubuhkan/dibuka pada tahun 1946. Guru Besar  pertamanya ialah Encik Abdul Malek bin Mohd Ali. Pada ketika itu,  bangunannya dibina daripada kayu-kayu dan bahan-bahan hutan saja. Lokasinya terletak berhampiran dengan sungai, yang merupakan jalan penghubung utama pada ketika itu.

Pada tahun 1954, sekolah ini mendapat bangunan baru yang diperbuat daripada kayu yang mengandungi tiga buah bilik darjah dan sebuah pejabat. Selain daripada itu, dua buah rumah guru juga turut dibina. Sekolah ini telah diberi bangunan tambahan pada tahun 1972 yang dibuat daripada konkrit. Bangunan ini terdiri daripada 3 buah bilik darjah, sebuah pejabat dan bilik Guru Besar serta kemudahan tandas untuk guru-guru serta murid-murid.

Pada tahun 1980, sekali lagi bangunan baru telah didirikan di sekolah ini. Ia terdiri daripada dua buah bilik darjah sebagai tambahan untuk menampung pertambahan murid. Jumlah murid yang pada satu-satu masa di sekolah ini tidak melebihi 160 orang murid.

Pada tahun 2010, SK Lipat Kajang menerima lagi sebuah bangunan baru setinggi empat(4) tingkat bagi menggantikan beberapa buah bangunan yang sudah usang. Bangunan baru ini diharapkan dapat memberikan keselesaan kepada  semua warga SK Lipat Kajang khususnya kepada semua pelajar-pelajarnya.

(petikan)


Thursday, 3 November 2011

Logo Alumni SK Lipat Kajang



Rekabentuk
Lambang atau Logo Persatuan ini berbentuk satu gelung (ring) bulat berwarna biru melingkungi bahagian dalam berwarna kuning. Dalam gelung bertulis "A;UMNI SK LIPAT AKAJNG" dibahagian atas dan "ILMU AMAL JAYA" dibawah berlatarbelakangkan satu tapak berwarna hitam. Dalam bahagian berwarna kuning tertulis "ditubuhkan 1432H/2011" disebelah atas, dan ditengah-tengah terdapat satu obor berwarna hitam dengan api menyala (berwarna merah), dibelakang obor terdapat sebuah buku terbuka, lima(5) gelung-gelung kecil berangkai disebelah kanan dan satu "scroll" disebelah kiri. Dikiri obor sebelah atas buku tertulis "TEMERLOH" dan dikanan obor sebelah atas tertulis "PAHANG". SK Lipat Kajang berdiri di Kg Lipat Kajang sebuah kampong Melayu tradisional dalam daerah Temerloh, Pahang.

Keterangan
.............................akan disambung

ILMU AMAL JAYA

Menimba ilmu dituntut sebagai satu kewajipan dalam Islam sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud, "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan" [Quran 96:1]

Hanya dengan mempunyai cukup ilmu pengetahuan (dalam bidang masing-masing yang tersendiri) barulah sempurna amalan dan tercapai kejayaan untuk dunia dan akhirat.

ALUMNI SK LIPAT KAJANG menggalakkan setiap insan supaya berusaha memperoleh ilmu secara berterusan dalam apa jua bidang yang diminati dan mahu diceburi untuk menjayakan hasrat, cita-cita dan matlamat demi menjamin kejayaan yang cemerlang tanpa bertindak melampaui batas-batas keagamaan dan kesusilaan tanpa merasakan bahawa diri telah serba lengkap dan serba cukup, sentiasa muhasabah diri dan istiqomah.

Friday, 14 October 2011

Mengisi Borang Bukanlah Satu Paksaan














Pada tanggal 2 Syawal 1432H Hari Raya Eidulfitri ke2 bersamaan 1/9/2011 hari Khamis telah diadakan satu Jamuan Makan yang sangat sederhana bertempat diperkarangan Balai Penerangan berhadapan dengan tanah wakaf perkuburan Mukim Lipat Kajang. Jamuan dimulakan sebaik saja selesai tahlil perdana Mukim LK di tanah perkuburan, dan didahului oleh ucapan alu-aluan ringkas oleh Tok4 Kg Masjid LK Tuan Hj Cikgu Ibrahim (mewakili TokPenghulu LK yang tidak dapat hadir) dan diikuti dengan penerangan ringkas oleh YDP Alumni SKLK mengenai tujuan dan matlamat diadakan jamuan tersebut.
Sambutan dari kalangan warga Mukim dan anak- anak LK yang pulang dari perantauan agak menggalakkan mengambilkira jamuan tersebut buat pertama kalinya dianjurkan oleh pihak Alumni SKLK dengan kerjasama dari pejabat TokPenghulu LK serta kepimpinan Komuniti Bestari, terima kasih khusus diucapkan kepada TokPenghulu, Tok4 dan juga sdr Mustafa Chik serta lain-lain AJK Alumni SKLK yang terlibat bersusah payah membuat segala persediaan/persiapan perlu bagi menjayakan majlis jamuan tersebut. Makanan/juadah pula telah disediakan secara pot-luck, masing-masing bawa dari rumah.
Kempen pendaftaran ahli-ahli Alumni SKLK juga digerakkan bersempena majlis jamuan tersebut dengan mengedarkan Borang Pendaftaran Ahli yang telah secara spontan diisi/dilengkapkan oleh ramai bekas murid-murid SK Lipat Kajang, menggambarkan sokongan padu kepada Alumni SKLK. Tidak ketinggalan juga warga-warga emas samada bekas murid SKLK atau pun bukan sama-sama mengisi borang dan menyertakan yuran keahlianRM20.00..........mudoh amat nok ngisi borang tu, taada paksaan pon cuma ngajok je dan kalau tak reti ngisi, ramai hak yang boleh tolong...

Monday, 10 October 2011

Mesyuarat JK Pengurusan Alumni SKLK kali Kedua







Mesyuarat JK Pengurusan Alumni kali Kedua telah diadakan pada 17/04/2011 lalu dengan dihadiri sama oleh Penaung Alumni SKLK iaitu TokPenghulu Mukim LK, Tuan Hj Zainal Azman. Secara resminya telah diistiharkan dalam mesyuarat tersebut perlantikan TokPenghul sebagai Penaung untuk Alumni SKLK tumpang berteduh dibawah pohon rendang beliau.
Selesai mesyuarat, pihak sekolah telah mengadakan jamuan makan tengah hari kesyukuran yang dihadiri juga oleh beberapa pemimpin Kg serta warga kampong, dan juga AJK-AJK PIBG dan AJK-AJK Alumni yang telah bermesyuarat.

Sunday, 9 October 2011

Laman Facebook Alumni SKLK

https://www.facebook.com/groups/alumni.sklk/

berinteraksi lah di laman facebook Alumni SKLK .... berjumpa di alam maya dengan rodong-rodong sekoloh dulu dan mungkin boleh terserempok dengan cikgu-cikgu atau kawan sepermainan...


SK Lipat Kajang telah mengadakan satu majlis kesyukuran pada hari Ahad 17/04/2011 lalu sempena kejayaan Sukan Gabungan dan Majlis Alumni SK Lipat Kajang yang turut dihadiri oleh Kepimpinan Mukim, AJK PIBG SK Lipat Kajang serta AJK Alumni SK Lipat Kajang yang secara kebetulan telah mengadakan mesyuaratnya pada hari tersebut.


Majlis Alumni SKLK 26Feb2011 - Kuat Semangat dan Fokus




(banner yang menyemarakkan semangat)






(TokPenghulu Zainal meresmikan Majlis)

(siapa sangka begitu ramai yang telah hadir, betapa tertumpunya perhatian mereka semua...)


Majlis Alumni SK Lipat Kajang (SKLK) telah diadakan pada 26/02/2011 diperkarangan sekolah setelah berbulan-bulan dirancang dan diusahakan oleh pihak Kepimpinan Mukim sejak dari zaman TokPenghulu Haji Shamsuddin lagi sehingga lah ke era TokPenghulu Zainal Azman, dengan disokong kuat oleh seluruh warga Mukim dan anak-anak LK diperantauan. Jelas kelihatan wajah-wajah keriangan dan kegembiraan disetiap bekas warga SKLK (samada guru, murid atau pekerja) yang hadir di majlis tersebut, tidak mengira batasan umur atau kerjaya atau latarbelakang, kesemuanya "pulang" pada hari tersebut dengan satu tujuan iaitu untuk bertemu dengan rodong-rodong lama, bekas cikgu-cikgu dan sedara mara / waris yang sudah sangat lama tidak diketemu, menyambung kembali hubungan yang lama terputus serta beramah mesra kearah mengeratkan silaturrahim sgar terus berkekalan.

(kaum wanitanya ramai yang tak kenal tak pernah jumpa, 
datang dari jauh dan dekat dan dapat berjumpa di Majlis tersebut)

(murid-murid SKLK masakini, koir sekolah menyampai beberapa buah lagu
 dan menyanyikan Lagu Resmi Sekolah)


(Tok4 Kg Masjid LK)

(warga-warga emas juga tidak mahu ketinggalan, menyuntik semangat kepada generasi baru)


(AyahCu Azid Ideris awal-awal pagi sudah tiba di perkarangan sekolah)

(kelihatan juga pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh yang turut hadir)

(koir SKLK)

(Lagu SK Lipat Kajang)

(TokPenghulu, Guru Besar SKLK, YDP PIBG dan YDP Alumni 
bersana-sama melancarkan Tabung Dana SKLK)


(sdr Saad berjenaka dengan Cikgu Yusof sambil menceritakan kisah silam 
semasa mereka murid/guru di SKLK)

(rodong-rodong yang sudah sangat lama tidak berjumpa)

(bangunan baru 4 tingkat SKLK)

Cikgucikgu yang pernah mengajar di SKLK seperti Cikgu Hamid, Cikgu Kidam, Cikgu Yusof dan lain-lainnya tidak mahu terlepas peluang untuk menyusur memori ketika mereka mendidik anak-anak LK bertahun-tahun lalu. Begitu juga anak-anak watan LK samada yang pernah bersekolah di SKLK mahu pun yang tidak pernah, juga turut pulang ke kampong pada hari tersebut semata-semata untuk bersama-sama memeriahkan dan mengecap bersama suasana gembira di Majlis Alumni SKLK itu, disedut pula oleh aroma masakan daging kerbau mengikut resepi LK maka yang tinggal jauh pun merasakan amat dekat untuk balik ke LK pada hari tersebut. Begitulah betapa berjayanya Majlis Alumni SKLK pada 26/02/2011itu yang telah menarik kehadiran tidak kurang dari 400 orang atau mungkin lebih walau pun pada hari tersebut jauh diluar sana terdapat kesibukan dan keributan yang menyelubungi proses penamaan calun untuk pilihanraya kecil (PRK) DUN Kerdau, sesuatu yang sudah semestinya berlaku dalam sebuah negara demokrasi. Namun anak-anak LK serta bekas-bekas warga SKLK tidak menghiraukan hiruk pikuk nun jauh disana itu sebaliknya memberi perhatian sepenuhnya kepada apa yang disajikan di Majlis Alumni SKLK pada hari itu...begitulah betapa kuatnya semangat dan betapa fokusnya mereka khasnya dan anak-anak LK yang pernah bersekolah di SKLK serta warga Mukim amnya dalam apa jua yang mereka libatkan diri mereka...diri kita semua anak-anak LK yang pernah bersekolah di Lipat Kajang mahu pun di sekolah-sekolah lain, kita mampu menjamin kesinambungan...

(hbs)

(Abang Mid (Hamid) dan sdr Jak (Dzulkefli))

(sdr Mustafa sampai kohot jari/lengan nangkap gambar)


(Abg Mid Long begitu tertumpu perhatiannya)

(Abg Nong Zuki (Hj Marzuki) juga turut memberi sokongan padu 
dalam menjayakan Majlis Alumni SKLK)

(siapa yang tidak hadir atas apa jua sebab, usah risau kita akan buat lagi Majlis yang serupa)


(apa lagi nak dikata...semuanya sudah jelas...kehadiran mereka semua membuktikan)

(ramai yang sudah memakai kopiah - warga emas)


(terima kasih kepada Abg Yunus (Hj Md Lias Yusof) dan lain-lainnya berkongsi gambar-gambar)

Saturday, 8 October 2011

Mesyuarat Penubuhan Alumni SKLK







Mesyuarat penubuhan Persatuan Alumni Sekolah Kebangsaan Lipat Kajang Temerloh atau singkatannya Alumni SK Lipat Kajang telah diadakan pada 26/02/2011 bersempena dengan Majlis Alumni SKLK bertempat di Dewan SKLK dihadiri oleh ramai bekas murid dan bekas guru.








(hbs)