Alumni SK Lipat Kajang Temerloh
Jauh-jauh Seluang Melaut, Akhirnya Ke Tepian Juga...
Wednesday, 16 May 2012
MAT 1 Selesai Diadakan
Mesyuarat Agong Tahunan kali pertama (MAT 1) Persatuan Alumni SK Lipat Kajang telah selesai diadakan pada 6/5/2012 bertempat di SK Lipat Kajang. AJK-AJK baru telah dipilih untuk menganggotai JK Pengurusan bagi penggal 2012-2014.
Saturday, 28 January 2012
Mesyuarat JK Pengurusan Alumni SKLK No. 1/2012
Mesyuarat JK Pengurusan Persatuan Alumni SKLK yang pertama dalam tahun 2012 akan diadakan pada hari Ahad 29/1/2012 (esok) bermula jam 11.00 pagi bertempat di sekolah. Makluman ini telah disiarkan di laman facebook Alumni.
Tuesday, 22 November 2011
Sejarah SK Lipat Kajang Temerloh
SK Lipat Kajang adalah sebuah sekolah yang terletak di Mukim Lipat Kajang dalam Daerah Temerloh dan jaraknya lebih kurang 25km dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Temerloh. Sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan termasuk Dewan Sekolah, Bilik APD, Makmal, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Komputer dan Kantin. Pada masa ini, sekolah ini mempunyai seramai 12 orang guru yang berkhidmat di sini.
SK Lipat Kajang telah ditubuhkan/dibuka pada tahun 1946. Guru Besar pertamanya ialah Encik Abdul Malek bin Mohd Ali. Pada ketika itu, bangunannya dibina daripada kayu-kayu dan bahan-bahan hutan saja. Lokasinya terletak berhampiran dengan sungai, yang merupakan jalan penghubung utama pada ketika itu.
Pada tahun 1954, sekolah ini mendapat bangunan baru yang diperbuat daripada kayu yang mengandungi tiga buah bilik darjah dan sebuah pejabat. Selain daripada itu, dua buah rumah guru juga turut dibina. Sekolah ini telah diberi bangunan tambahan pada tahun 1972 yang dibuat daripada konkrit. Bangunan ini terdiri daripada 3 buah bilik darjah, sebuah pejabat dan bilik Guru Besar serta kemudahan tandas untuk guru-guru serta murid-murid.
Pada tahun 1980, sekali lagi bangunan baru telah didirikan di sekolah ini. Ia terdiri daripada dua buah bilik darjah sebagai tambahan untuk menampung pertambahan murid. Jumlah murid yang pada satu-satu masa di sekolah ini tidak melebihi 160 orang murid.
Pada tahun 2010, SK Lipat Kajang menerima lagi sebuah bangunan baru setinggi empat(4) tingkat bagi menggantikan beberapa buah bangunan yang sudah usang. Bangunan baru ini diharapkan dapat memberikan keselesaan kepada semua warga SK Lipat Kajang khususnya kepada semua pelajar-pelajarnya.
(petikan)
Thursday, 3 November 2011
Logo Alumni SK Lipat Kajang
Rekabentuk
Lambang atau Logo Persatuan ini berbentuk satu gelung (ring) bulat berwarna biru melingkungi bahagian dalam berwarna kuning. Dalam gelung bertulis "A;UMNI SK LIPAT AKAJNG" dibahagian atas dan "ILMU AMAL JAYA" dibawah berlatarbelakangkan satu tapak berwarna hitam. Dalam bahagian berwarna kuning tertulis "ditubuhkan 1432H/2011" disebelah atas, dan ditengah-tengah terdapat satu obor berwarna hitam dengan api menyala (berwarna merah), dibelakang obor terdapat sebuah buku terbuka, lima(5) gelung-gelung kecil berangkai disebelah kanan dan satu "scroll" disebelah kiri. Dikiri obor sebelah atas buku tertulis "TEMERLOH" dan dikanan obor sebelah atas tertulis "PAHANG". SK Lipat Kajang berdiri di Kg Lipat Kajang sebuah kampong Melayu tradisional dalam daerah Temerloh, Pahang.
Keterangan
.............................akan disambung
ILMU AMAL JAYA
Menimba ilmu dituntut sebagai satu kewajipan dalam Islam sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud, "Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan" [Quran 96:1]
Hanya dengan mempunyai cukup ilmu pengetahuan (dalam bidang masing-masing yang tersendiri) barulah sempurna amalan dan tercapai kejayaan untuk dunia dan akhirat.
ALUMNI SK LIPAT KAJANG menggalakkan setiap insan supaya berusaha memperoleh ilmu secara berterusan dalam apa jua bidang yang diminati dan mahu diceburi untuk menjayakan hasrat, cita-cita dan matlamat demi menjamin kejayaan yang cemerlang tanpa bertindak melampaui batas-batas keagamaan dan kesusilaan tanpa merasakan bahawa diri telah serba lengkap dan serba cukup, sentiasa muhasabah diri dan istiqomah.
Friday, 14 October 2011
Mengisi Borang Bukanlah Satu Paksaan
Pada tanggal 2 Syawal 1432H Hari Raya Eidulfitri ke2 bersamaan 1/9/2011 hari Khamis telah diadakan satu Jamuan Makan yang sangat sederhana bertempat diperkarangan Balai Penerangan berhadapan dengan tanah wakaf perkuburan Mukim Lipat Kajang. Jamuan dimulakan sebaik saja selesai tahlil perdana Mukim LK di tanah perkuburan, dan didahului oleh ucapan alu-aluan ringkas oleh Tok4 Kg Masjid LK Tuan Hj Cikgu Ibrahim (mewakili TokPenghulu LK yang tidak dapat hadir) dan diikuti dengan penerangan ringkas oleh YDP Alumni SKLK mengenai tujuan dan matlamat diadakan jamuan tersebut.
Sambutan dari kalangan warga Mukim dan anak- anak LK yang pulang dari perantauan agak menggalakkan mengambilkira jamuan tersebut buat pertama kalinya dianjurkan oleh pihak Alumni SKLK dengan kerjasama dari pejabat TokPenghulu LK serta kepimpinan Komuniti Bestari, terima kasih khusus diucapkan kepada TokPenghulu, Tok4 dan juga sdr Mustafa Chik serta lain-lain AJK Alumni SKLK yang terlibat bersusah payah membuat segala persediaan/persiapan perlu bagi menjayakan majlis jamuan tersebut. Makanan/juadah pula telah disediakan secara pot-luck, masing-masing bawa dari rumah.
Kempen pendaftaran ahli-ahli Alumni SKLK juga digerakkan bersempena majlis jamuan tersebut dengan mengedarkan Borang Pendaftaran Ahli yang telah secara spontan diisi/dilengkapkan oleh ramai bekas murid-murid SK Lipat Kajang, menggambarkan sokongan padu kepada Alumni SKLK. Tidak ketinggalan juga warga-warga emas samada bekas murid SKLK atau pun bukan sama-sama mengisi borang dan menyertakan yuran keahlianRM20.00..........mudoh amat nok ngisi borang tu, taada paksaan pon cuma ngajok je dan kalau tak reti ngisi, ramai hak yang boleh tolong...
Monday, 10 October 2011
Mesyuarat JK Pengurusan Alumni SKLK kali Kedua
Mesyuarat JK Pengurusan Alumni kali Kedua telah diadakan pada 17/04/2011 lalu dengan dihadiri sama oleh Penaung Alumni SKLK iaitu TokPenghulu Mukim LK, Tuan Hj Zainal Azman. Secara resminya telah diistiharkan dalam mesyuarat tersebut perlantikan TokPenghul sebagai Penaung untuk Alumni SKLK tumpang berteduh dibawah pohon rendang beliau.
Selesai mesyuarat, pihak sekolah telah mengadakan jamuan makan tengah hari kesyukuran yang dihadiri juga oleh beberapa pemimpin Kg serta warga kampong, dan juga AJK-AJK PIBG dan AJK-AJK Alumni yang telah bermesyuarat.
Sunday, 9 October 2011
Laman Facebook Alumni SKLK
https://www.facebook.com/groups/alumni.sklk/
berinteraksi lah di laman facebook Alumni SKLK .... berjumpa di alam maya dengan rodong-rodong sekoloh dulu dan mungkin boleh terserempok dengan cikgu-cikgu atau kawan sepermainan...
berinteraksi lah di laman facebook Alumni SKLK .... berjumpa di alam maya dengan rodong-rodong sekoloh dulu dan mungkin boleh terserempok dengan cikgu-cikgu atau kawan sepermainan...
SK Lipat Kajang telah mengadakan satu majlis kesyukuran pada hari Ahad 17/04/2011 lalu sempena kejayaan Sukan Gabungan dan Majlis Alumni SK Lipat Kajang yang turut dihadiri oleh Kepimpinan Mukim, AJK PIBG SK Lipat Kajang serta AJK Alumni SK Lipat Kajang yang secara kebetulan telah mengadakan mesyuaratnya pada hari tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)